Memorandum Persefahaman Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (MOU PDI) Akan Segera Dimuktamadkan Segera

Menteri KSM, Dato Seri M. Saravanan

PUTRAJAYA, ASPATAKICHANNEL.COM – Kerajaan memutuskan pemeteraian Memorandum Persefahaman Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (MOU PDI) ditandatangani segera pada tarikh dan masa yang dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, keputusan dibuat selepas MoU PDI dibentang secara rasmi kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya MoU PDI ini ditandatangani oleh saya dengan rakan sejawat saya, Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah.

“Saya yakin bahawa pemeteraian MoU PDI ini akan memberikan manfaat kepada kedua negara khususnya golongan PDI yang memerlukan pekerjaan dalam situasi ekonomi global yang masih berhadapan dengan krisis Covid-19 serta majikan tempatan yang memerlukan khidmat pembantu rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan perjanjian bekalan tenaga buruh dari Indonesia bakal dipercepatkan bagi menampung keperluan industri pembinaan negara.

Katanya, perbincangan mengenai usaha untuk membawa masuk tenaga buruh dari Indonesia dan Myanmar sebelum ini dibuat bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Malah, MoU dengan Myanmar sudah ditandatangani manakala MOU dengan Indonesia patut pada Februari, tetapi hasil perbincangan dengan KDN dan KSM, Malaysia nak mempercepatkan kerana industri pembinaan negara terjejas ekoran kekurangan tenaga buruh asing.

“Justeru, dua kementerian ini akan pergi ke Indonesia untuk memuktamadkan MOU bagi memastikan segenap projek membabitkan sektor pembinaan di Malaysia berupaya kembali rancak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/02/23/mou-pdi-akan-dimuktamadkan-segera/

Saiful si rambut putih, Ketua Umum DPP Aspataki bersama Kepala BP2MI Benny Rhamdani

Menanggapi berita di atas yang baru saja beredar pada 23 Feb 2022, Ketua Umum Aspataki, Saiful Mashud, sangat mengapreasiasi langkah-langkah Pemerintah Malaysia yang secara sistematis telah mempersiapkan segala hal sesuai kaidah hukum ketatanegaraan yang berlaku, yang mana pada hari ini, 23 Feb 2022, Rapat Kabinet di Malaysia telah memateraikan atau mengesahkan rancangan (kertas kerja) MoU antara Malaysia dengan Indonesia mengenai Pengambilan Pekerja Domestik Indonesia (MoU PDI). Disini jelas sudah clear bahwa semua instansi Pemerintahan di Malaysia yang berkaitan dengan Pengambilan Pekerja Migran dari Indonesia sudah satu suara, kata Saiful

Besar harapan ketika Nota Diplomatik perihal Pemateraian Rancangan MoU PDI Malaysia Indonesia, diserahkan oleh Wisma Putra (Kemlu Malaysia) kepada Kemlu RI, boleh segera diteruskan dan ditindaklanjuti oleh Kementrian Teknis terkait, yaitu Kemenaker RI. Adapun mengenai turunan aturan teknis seperti halnya appendix dari MoU dapat dibahas dengan segera setelah MoU ditandatangani kedua negara, kata Ketua Umum Aspataki.

Apresiasi Aspataki kepada Kementrian Teknis, Kemnaker RI, dan Kementrian lain yang terlibat, juga Bp2mi dan KBRI, yang telah berupaya untuk bernegosiasi dengan pihak Malaysia yang pada akhirnya pihak Malaysia telah bersetuju untuk mengikuti apa yang diminta oleh Pemerintah RI, utamanya dalam hal Pelindungan para PMI, mulai dari negosiasi Gaji sampai kepada kesejahteraan sebelum, sewaktu bekerja di Malaysia, sampai kepulangan kekampung halaman dengan selamat, kata Saiful 

Semoga rencana penandatanganan MoU Malaysia Indonesia dapat berlangsung secepatnya dalam bulan Maret 2022 dan para anggota Aspataki siap mendukung kebijakan teknis yang akan dibuat demi kesejahteraan para PMI yang sampai sekarang sudah sabar menunggu sampai dibukanya kembali penempatan ke Malaysia, kata Saiful

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel